1)MAJLIS SOLAT HAJAT / BACAAN YASSIN / DOA SELAMAT...TARIKH:18.06.2011...MASA:7.30-11.45 pagi....TEMPAT: Surau SK Tinusa Jaya ....SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR!!............2)MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTJ ..TARIKH:28.6.2011-8.07.2011...AKTIVITI:Pertandingan Nasyid , Pertandingan Azan Dan Iqamah , Pertandingan mewarna dll...


----------------------------------------------------------------------------------------


SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ



ALHAMDULILLAH. Akhirnya program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Tinusa Jaya  ini dapat dijalankan dengan baik dan teratur.Di mana perjalanannya berjalan agak lancar walaupun dengan peralatan yang masih kurang sebagai sekolah baharu.Kali ini seorang penceramah dari SK Sung Siew Al Fadhil Ustaz Mohd Fazli Bin Azizuddin dijemput untuk menjayakan sesi ceramah Israk dan Mikraj. Program yang bermula dengan perhimpunan pagi dan ucapan alu-aluan dari guru besar SK Tinusa Jaya , Encik Talib Bin Haji Ghani seterusnya sesi ceramah selama satu jam diikuti dengan selawat beramai-ramai dibawah pimpinan Ustaz Mohd Nasir Bin Mamat dan diakhiri dengan kuiz Israk dan Mikraj dibawah kelolaan Ustazah Suhanie Bin Samad .Mudah-mudahan  program ini diharap dapat membentuk dan mendekatkan jiwa murid  dengan amalan dan cara hidup umat Islam yang menghayati Islam sebagai cara hidup masyarakat madani.
Penceramah Jemputan
ALFADHIL USTAZ MOHD FAZLI AZIZUDDIN
Dari SK Sung Siew 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang telah diberikan ini mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Seterusnya dapat memberi impak dan natijah yang baik serta mampan kepada semua pihak yang terlibat. . Segala kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan hanya Allah S.W.T jua yang mampu membalasnya. Semoga Allah akan memberi rahmat program ini


Responses

0 Respones to "SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ"

Catat Ulasan

 

Popular Posts

Pengikut

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors