1)MAJLIS SOLAT HAJAT / BACAAN YASSIN / DOA SELAMAT...TARIKH:18.06.2011...MASA:7.30-11.45 pagi....TEMPAT: Surau SK Tinusa Jaya ....SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR!!............2)MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTJ ..TARIKH:28.6.2011-8.07.2011...AKTIVITI:Pertandingan Nasyid , Pertandingan Azan Dan Iqamah , Pertandingan mewarna dll...


----------------------------------------------------------------------------------------


MAJLIS SOLAT HAJAT




 Bacaan Yassin Dan Tahlil 

ALHAMDULILLAH. Akhirnya program ini dapat dijalankan dengan baik dan teratur.Di mana sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa /penjaga dari segi sumbangan kewangan dan kehadiran.Jumlah kutipan keseluruhan adalah agak memberansangkan termasuk sumbangan guru-guru SKTJ bagi menampung kos program.Kehadiran ibubapa adalah dianggarkan dalam 60-70 orang . Mudah-mudahan  program ini diharap dapat membentuk dan mendekatkan jiwa murid  dengan amalan dan cara hidup umat Islam yang menghayati Islam sebagai cara hidup masyarakat madani.



 Murid-Murid Tahun 6

  Khusyuk Dan Tawadhuk.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang telah diberikan ini mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Seterusnya dapat memberi impak dan natijah yang baik serta mampan kepada semua pihak yang terlibat. . Segala kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan hanya Allah S.W.T jua yang mampu membalasnya. Semoga Allah akan memberi rahmat program ini.

 Sesi Mengisi Perut










Bertungkus -Lumus!
Hal Ehwal Makanan&Minuman


Responses

0 Respones to "MAJLIS SOLAT HAJAT"

Catat Ulasan

 

Popular Posts

Pengikut

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors